Kerangka modul Bahasa C menggunakan pendekatan model integrasi pembelajaran berasaskan masalah dan pendidikan berteraskan kompetensi

Ali, Azita (2013) Kerangka modul Bahasa C menggunakan pendekatan model integrasi pembelajaran berasaskan masalah dan pendidikan berteraskan kompetensi. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]PDF
914Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Kerangka Modul Bahasa C menggunakan pendekatan Model Integrasi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Pendidikan Berteraskan Kompetensi (PBK). Hasil analisis kajian awal menunjukkan Topik Function adalah topik yang paling sukar dikuasai oleh pelajar kerana kelemahan pelajar dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Ia adalah disebabkan oleh kaedah P&P konvensional dan modul pembelajaran yang digunakan pada masa sekarang ini. Kajian ini merupakan kajian QUAL-quan yang melibatkan kumpulan sampel yang berlainan iaitu pelajar, guru, pakar PBM dan pakar PBK. Instrumen kajian merangkumi soal selidik, ujian pencapaian, temu bual dan senarai semak pemerhatian. Data kualitiatif dianalisis menggunakan perisian NVivo 8.0, manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 16.0. Seterusnya kajian ini mengenalpasti elemen PBM dan PBK dalam pembentukan Kerangka Modul Bahasa C; dan elemen baru yang telah dikenalpasti adalah merangkumi panduan modul, modul, rancangan pembelajaran, objektif pembelajaran, teori, aktiviti dan latihan, glosari dan bahan rujukan. Hasil analisis dalam menilai kesan penggunaan Modul Bahasa C berteraskan Kerangka Modul yang dibina menunjukkan kumpulan rawatan mencapai peningkatan dalam min markah yang signifikan berbanding kumpulan kawalan. Hasil temu bual pula menunjukkan maklum balas yang positif dari pelajar. Dapatan persepsi pelajar terhadap modul yang dibina dalam membantu pencapaian mereka juga menunjukkan skor min yang tinggi (4.00). Kesimpulannya, penggunaan Modul Bahasa C berteraskan Kerangka Modul yang dibina ini menunjukkan maklum balas yang positif daripada pelajar. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan Kerangka Modul ini bagi membina modul yang menerapkan elemen PBM dan PBK untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4612
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:01 Jan 2014 15:23
Last Modified:01 Jan 2014 15:23

Repository Staff Only: item control page