Keberkesanan animasi grafik dalam kalangan pelajar berbeza gaya icognitif dan kebolehan visualisasi spatial di politeknik

Madar, Ahmad Rizal (2009) Keberkesanan animasi grafik dalam kalangan pelajar berbeza gaya icognitif dan kebolehan visualisasi spatial di politeknik. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
5Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan koswer animasi grafik dalam prestasi pencapaian ujian pra dan ujian pasca mata pelajaran Sistem Elektronik 1 dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang mempunyai gaya kognitif (Field Independent & Field Dependent) dan kebolehan visualisasi spatial (Visual Tinggi & Visual Rendah) yang berbeza. Prestasi pencapaian ujian pra dan ujian pasca juga melibatkan kumpulan pelajar yang pembelajarannya menggunakan koswer animasi grafik (kumpulan rawatan) dan pembelajaran secara konvensional (kumpulan kawalan). Sampel kajian terdiri dari 138 orang pelajar semester 1 yang sedang mengikuti kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, politeknik KPTM. Kajian ini hanya meliputi dua buah politeknik KPTM di mana penyelidik telah membahagikan kawasan kajian kepada dua zon utama iaitu Zon Tengah dan Zon Selatan. Kajian ini ~enetapkanku mpulan rawatan adalah pelajar dari Zon Selatan manakala kumpulan kawalan pula merujuk kepada pelajar dari Zon Tengah. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimen dengan faktorial 2 x 2 (Gaya kognitif x Kebolehan visual spatial pelajar) yang menggunakan data-data kuantitatif. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti min, sisihan piawai dan ujian -T untuk sampel-sampel bebas. Tahap keertian 0.05 ditetapkan untuk melapor data. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan (a) terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar berciri gaya kognitif FI, FD, VT dan VR dimana kumpulan rawatan adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan, (b) terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian gabungan pelajar berciri FIVT, FIVR, FDVT dan FDVR bagi kumpulan rawatan adalah lebih baik berbanding kumpulan kawalan dan (c) elemen-elemen (rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi, motivasi dan mesra pengguna) yang terdapat pada koswer animasi grafik Sistem Elektronik 1 adalah membantu pencapaian pembelajaran pelajar. Kesiinpulannya, koswer animasi grafik berpotensi dalam meningkatkan pencapaian pelajar dimana pelajar berciri FIVT, FI dan VT lebih mendapat manfaat daripada pembelajaran berasaskan koswer animasi grafik tersebut.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4662
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2014 11:44
Last Modified:05 Jan 2014 11:44

Repository Staff Only: item control page