Usaha memartabatkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pemangkin kelangsungan masyarakat Islam Madani di Malaysia

Ahmad, Shakila and Rusdi, Mikdar and Abdul Fattah, Rafiuddin Afkari (2013) Usaha memartabatkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pemangkin kelangsungan masyarakat Islam Madani di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Isu Ketamadunan dan Cabaran Semasa (SIKCAS 2013), 27 November 2013, Universiti Sains Malaysia, Penang.

[img]
Preview
PDF
2392Kb

Abstract

Ketetapan dari al-Quran dan al-Hadith yang menyatakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan aliran pemikiran akidah yang selamat telah diterima oleh sebahagian besar umat Islam di dunia. Begitu juga di Malaysia, di samping Islam dimartabatkan sebagai Agama Persekutuan, penerimaan aludah Ahli Sunnah Wal Jarnaah sebagai pegangan seluruh urnat Islam dan dijadikan garis panduan terutamanya dalam permasalahan akidah yang timbul. Pengukuhan kefahaman dan penghayatan terhadap akidah Ahli Sumah Wal Jamaah juga turut dipergiatkan. Bagairnanapun tidak dinafikan banyak aliran pemikiran akidah yang tidak diselari dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah muncul antaranya Darul Arqam, Syiah, Qadiyani termasuk juga ideologi barat moden; Humanisme, Pluralisme, Liberalisme, Rasionalime dan sebagainya. Aliran pemikiran yang menyeleweng ini brut meniinbulkan beberapa amalan negatif seperti membenarkan pernikahan mutah, terlalu mengagungkan individu tertentu, menentukan hukum menggunakan logik aka1 dan sebagainya. Fenomena ini telah menimbulkan kekeliruan pemikiran terutamanya dalam kalangan generasi muda sekali gus membawa kepada pengamalan budaya negatif yang akan membantutkan kelangsungan pembentukkan masyarakat Islam bertamadun & Malaysia. Justeru usaha bagi memartabatkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia amatlah penting clan perlu diberi perhatian serta digerakkan dengan lebih bersungguh-sungguh oleh semua plhak. Kertas kerja ini akan membincangkan kesan fenomena ini terhadap perkembangan umat Islam bertamadun sekaligus mencadangkan beberapa usaha yang perlu dijalankan bagi memastikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dimartabatkan di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:akidah; Ahli Sunnah Wal Jamaah; aliran pernikiran; penyelewengan akidah; Masyarakat Islam Madani
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP135-136.9 Hadith literature. Traditions. Sunna
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:4761
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:22 Sep 2014 15:05
Last Modified:22 Sep 2014 15:05

Repository Staff Only: item control page