Kesan penggunaan portal pembelajaran pelajar dalam subjek reka bentuk dan teknologi

Ea Suk, Yong (2019) Kesan penggunaan portal pembelajaran pelajar dalam subjek reka bentuk dan teknologi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p EA SUK YONG.pdf

Download (903kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
EA SUK YONG COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (18MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
EA SUK YONG WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (18MB) | Request a copy

Abstract

Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan di tahap Sekolah Rendah memandangkan kemahiran bidang teknik dan vokasional semakin dititikberatkan pada zaman ini. Namun, penggunaan kaedah pengajaran konvensional dan isu kekurangan alat bahan bantu mengajar telah mencetuskan pencapaian pelajar yang rendah dalam subjek RBT. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesan penggunaan portal pembelajaran RBT terhadap pencapaian pelajar berbanding kaedah pengajaran konvensional. Sebuah portal pembelajaran RBT telah dibangunkan dan dijadikan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini. Seramai 32 orang pelajar Tahun 4 dari sebuah Sekolah Kebangsaan dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental di mana ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen dalam mengenal pasti pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Selain itu, soal selidik dan senarai semak pemerhatian digunakan bagi meninjau persepsi pelajar mengenai kebergunaan portal pembelajaran RBT. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil analisis ujian t bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pra di antara kumpulan rawatan (M=23.8, SD=12.6) dan kumpulan kawalan (M=25.0, SD=14.1); t (30) = 0.64, p = 0.79, manakala hasil ujian Mann Whitney U menunjukkan pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan selepas menggunakan portal pembelajaran RBT (U = 7.500, p = .000). Tahap kebergunaan portal pembelajaran adalah sangat tinggi berdasarkan skor peratusan yang diperolehi daripada soal selidik (88.15%) dan senarai semak (84%). Dapatan kajian membuktikan portal pembelajaran RBT mempunyai tahap kebergunaan yang sangat tinggi dan penggunaannya dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jul 2021 07:17
Last Modified: 25 Jul 2021 07:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/486

Actions (login required)

View Item View Item