Kesan parameter pemprosesan dan bahan tambah terhadap pengendapan elektroforetik filem LSCF6428

Abd. Rahman, Hamimah and Muchtar, Andanastuti and Haron, Syaharizan and Muhamad, Norhamidi and Abdullah, Huda (2012) Kesan parameter pemprosesan dan bahan tambah terhadap pengendapan elektroforetik filem LSCF6428. Sains Malaysiana, 41 (2). pp. 237-244. ISSN 0126-6039

[img] Text
AJ 2017 (256) Kesan parameter pemprosesan dan bahan tambah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kaedah pengendapan elektroforetik (EPD) semakin mendapat perhatian dalam pembentukan komponen sel fuel oksida pepejal (SOFC). Kaedah EPD menggunakan pelarut organik atau pelarut bukan akueus banyak diaplikasikan terutamanya untuk penghasilan komponen elektrolit SOFC. Dalam kajian ini, filem LSCF6428 telah dihasilkan melalui kaedah EPD yang menggunakan air ternyahion sebagai pelarut akueus. Sebagai permulaan, serbuk LSCF6428 sebanyak 1% berat (1 wt%) diampaikan di dalam air ternyahion. Seterusnya, ampaian dengan nilai pH3 digunakan untuk proses EPD. Peningkatan nilai voltan kenaan (3-7 V) dan tempoh pengendapan (3-10 min) didapati telah menyumbang kepada penambahan amaun filem LSCF6428 yang diendapkan. Penggunaan kanji sebagai bahan tambah didapati berjaya membantu meningkatkan kualiti filem endapan dengan merujuk kepada berat endapan yang lebih tinggi dan endapan yang sekata. Pemilihan voltan kenaan dan proses pengeringan yang sesuai perlu diambil berat bagi mengelakkan keretakan filem endapan. Hasil kajian menunjukkan bahawa morfologi dan berat filem LSCF6428 yang diendapkan sangat bergantung kepada voltan kenaan, masa pengendapan dan penggunaan bahan tambah bagi proses EPD.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Filem LSCF6428; Kanji; Pelarut akueus; Pengendapan elektroforetik (EPD)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Manufacturing Engineering
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 05 Jan 2022 05:29
Last Modified: 05 Jan 2022 05:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5083

Actions (login required)

View Item View Item