Sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku murid tahun 6 terhadap alam sekitar

Liew Abdullah, Nurul Hidayah and Shafii, Haryati and Seow, Ta Wee (2017) Sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku murid tahun 6 terhadap alam sekitar. Geografi, 5 (2). pp. 116-126. ISSN 2289-4470

[img] Text
AJ 2017 (348) Sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pengetahuan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (170kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku manusia terhadap alam sekitar daripada pemboleh ubah peramal yang telah ditetapkan. Kaedah soal selidik telah dijalankan untuk mendapatkan makluman dan data daripada 685 responden yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 di daerah Kulaijaya, Johor. Pemboleh ubah peramal yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pengetahuan, persepsi dan sikap murid terhadap alam sekitar manakala pemboleh ubah bersandar ialah tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0 telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Analisis regresi pelbagai juga diaplikasikan untuk menentukan peramal terhadap pemboleh ubah yang ditentukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peramal utama tingkah laku, pengetahuan dan sikap responden terhadap alam sekitar ialah persepsi. Kesimpulannya, tidak semua pemboleh ubah peramal yang dinyatakan dalam kajian ini menyumbang sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pemboleh ubah yang ditetapkan terhadap alam sektar. Oleh itu, langkah yang lebih efektif perlu diambil agar kelestarian alam sekitar dapat direalisasikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Alam sekitar, peramal, pengetahuan, persepsi, sikap, tingkah laku
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 06 Jan 2022 07:06
Last Modified: 06 Jan 2022 07:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5208

Actions (login required)

View Item View Item