Tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru dalam latihan mengajar

Abu Bakar, Khairul Anwar (2014) Tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru dalam latihan mengajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
535Kb

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan tahap kesediaan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Reka Bentuk Teknologi dalam latihan mengajar. Aspek kesediaan yang dikaji adalah perancangan, pelaksanaan, amalan refleksi dan sikap guru pelatih. Sebanyak 15 orang pensyarah pembimbing yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan Borang PR1, iaitu Borang Bimbingan Praktikum bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang diperolehi dengan menggunakan skala tahap pencapaian. Data kajian juga dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences version 20.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratusan (%) dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan 42 orang guru pelatih Reka Bentuk Teknologi IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat berada pada tahap yang tinggi semasa menjalani latihan mengajar. Namun terdapat beberapa masalah telah dikenal pasti yang dihadapi oleh mereka. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memantapkan lagi tahap kesediaan guru-guru pelatih tersebut bertepatan dengan Anjakan 4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:5349
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 08:44
Last Modified:14 May 2014 08:45

Repository Staff Only: item control page