Faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan

Ahmad, Abdul Muqsith (2013) Faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
973Kb

Abstract

Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat terhadap subjek mekanik mesin, Fakulti Kejuruteran Mekanikal dan Pembuatan, lepasan diploma politeknik dan matrikulasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. Kajian ini tertumpu kepada tiga persoalan kajian iaitu sikap, pengetahuan sedia ada dan kemahiran belajar. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini adalah α = 0.781. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif. Persampelan dibuat secara rawak. Borang soal selidik merupakan instrumen yang akan digunakan dan daripada data yang diperolehi, analisis secara deskriptif dan inferensi akan dilakukan. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS 16.0). Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor sikap dan kemahiran belajar antara dua kumpulan ini. Namun didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan ini terhadap faktor pengetahuan sedia ada. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada dengan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik. Bagi pelajar lepasan matrikulasi pula, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada dengan pencapaian akademik. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pencapaian akademik; lepasan diploma; lepasan matrikulasi; subjek kejuruteraan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:5364
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 11:57
Last Modified:14 May 2014 11:57

Repository Staff Only: item control page