Penerapan kemahiran employability menerusi kokurikulum bola sepak di kalangan pelajar kejuruteraan UTHM

Ghazali , Mohammad Shafiq (2013) Penerapan kemahiran employability menerusi kokurikulum bola sepak di kalangan pelajar kejuruteraan UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
820Kb

Abstract

Kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran mengurus diri menerusi kokurikulum sukan bola sepak merupakan dua kemahiran Employabilty yang ditekankan kepada pelajar termasuk kebolehan membina hubungan baik dan berinteraksi dengan orang lain di samping mampu bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Selain itu, pelajar dibimbing dalam mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan, dan kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan rakan lain terhadap pelajar KPT. Kerja berpasukan dan mengurus diri ini perlu diamalkan oleh pelajar supaya lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan bidang tugas yang diamanahkan kelak yang telah dikaji oleh para sarjana dan pemikir bagi membantu pelajar sedar tahap penerapan, kesedaran dan hubungan kemahiran kerja berpasukan itu penting di kalangan pelajar malah untuk kerjaya mereka kelak. Namun, tidak ramai pelajar yang mengetahui kepentingan kemahiran kerja berpasukan dan mengurus diri Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerapan kemahiran Employability menerusi kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran mengurus diri. Sampel kajian yang dipilih daripada pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum bola sepak di UTHM Seramai 41 orang pelajar yang dipilih Dapatan kajian dianalisis oleh pengkaji sendiri dengan bantuan perisian SPSS versi 16.0 yang berfungsi untuk mengurus segala dapatan kajian. Keputusan mendapati para peserta masih samar-samar dalam sukan bola sepak yang mereka ceburi. Penerapan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran pengurusan diri menerusi kokurikulum bola sepak dalam kalangan pelajar UTHM yang sedia ada juga masih belum mantap dan perlu diberi perhatian serius.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:kemahiran kerja berpasukan; kemahiran mengurus diri; kokurikulum; sukan bola sepak
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
ID Code:5367
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:15
Last Modified:14 May 2014 12:15

Repository Staff Only: item control page