Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di UTHM

Adul Wahab, Mohd Hafeez Al-Amin (2013) Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
195Kb

Abstract

Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Responden kajian terdiri daripada 234 orang pelajar yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan data yang dikumpulkan telah di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5956 dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan juga sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5230 serta tahap penguasaan pelajar juga adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.4934. Secara keseluruhannya tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran keusahawanan boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan memberi lebih penekanan terhadap kemahiran keusahawanan bagi mewujudkan kesedaran dan penguasaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:5369
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:17
Last Modified:14 May 2014 12:17

Repository Staff Only: item control page