Kerangka kompetensi reka bentuk bahan pembentangan interaktif

Che Hassan, Norazieeyah (2013) Kerangka kompetensi reka bentuk bahan pembentangan interaktif. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
310Kb

Abstract

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi seperti penggunaan powerpoint dapat membantu pelajar dalam membangunkan kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan reka bentuk powerpoint yang berasaskan sumber maklumat yang luas dan konsep yang pelbagai perspektif. Oleh demikian, satu kerangka kompetensi reka bentuk bahan pembentangan interaktif dibangunkan dan diuji menggunakan model penerimaan teknologi (TAM). Empat aspek yang dinilai berdasarkan model TAM iaitu persepsi kegunaan, kebolehgunaan, penerimaan dan hajat penggunaan berterusan. Reka bentuk kajian ini bersifat deskriptif iaitu menggunakan borang soal selidik yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian dan responden. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 103 orang responden yang mana 87 peratus mewakili pelajar perempuan dan 13 peratus adalah pelajar lelaki Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Manakala hasil dapatan dalam kajian ini di analisis dengan menggunakan SPSS 16.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Disebabkan data berada pada kedudukan kumpulan tidak normal, kaedah korelasi Spearman Rho digunakan bagi menganalisis hubungan antara pembolehubah terhadap kerangka kompetensi reka bentuk bahan pembentangan interaktif. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan nilai min tertinggi 3.403 dari persepsi kegunaan. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi kegunaan dengan penerimaan terhadap kerangka. Namun hubungan yang wujud adalah pada kategori hubungan positif yang lemah. Kesimpulannya, pembangunaan kerangka ini diterima oleh pelajar dalam tugasan pembentangan selagi pelajar mendapat manfaat dalam pengunaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:5371
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:21
Last Modified:14 May 2014 12:21

Repository Staff Only: item control page