Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM

A.Rahim, Norliza (2013) Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
602Kb

Abstract

Dalam pemodenan era teknologi, pembelajaran mudah alih merupakah salah satu medium pembelajaran yang berkembang dengan cepatnya di Malaysia. Pembelajaran mudah alih adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai (1) tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, (2) tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan (3) tahap penerimaan pembelajaran mudah alih oleh pelajar ijazah sarjana muda Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 327 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih dan tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran mudah alih adalah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing dengan skor min 3.92, 3.98 dan 3.83. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk penyelidikan lanjutan bagi menjayakan pembelajaran mudah alih juga ada diutarakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:5372
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:30
Last Modified:14 May 2014 12:30

Repository Staff Only: item control page