Komitmen ibu bapa menerusi PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar

Mohamed, Norzahida (2013) Komitmen ibu bapa menerusi PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
204Kb

Abstract

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG, mengenalpasti peranan PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti komitmen ibu bapa dalam PIBG dan mengenalpasti terdapat hubungan yang signifikan komitmen ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sampel utama kajian yang terdiri daripada 210 orang ibu bapa bagi Kolej Vokasional, 110 orang ibu bapa bagi sekolah kluster dan 50 orang ibu bapa bagi sekolah harian. Data mentah dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Data dipersembahkan secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (kolerasi spearman). Dapatan kajian menunjukkan peranan PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bagaimanapun tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara komitmen ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:5373
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:32
Last Modified:14 May 2014 12:32

Repository Staff Only: item control page