Pembangunan dan kesan koswer animasi grafik dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza kecerdasan visual-ruang

Ahmad, Siti Maisyarah (2013) Pembangunan dan kesan koswer animasi grafik dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza kecerdasan visual-ruang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1024Kb

Abstract

Pembelajaran di bidang teknikal memerlukan alat bahan bantu mengajar untuk memberi lebih pemahaman kepada pelajar. Alat bahan bantu mengajar yang tidak menarik menjadikan pemahaman pelajar terhadap pelajar berkurangan. Pembelajaran yang menggunakan multimedia dan animasi amat digalakkan dan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan koswer animasi grafik dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza kecerdasan visual-ruang di politeknik. Kajian menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimental. Sampel adalah terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek Sains Juruteknik di Politeknik Merlimau Melaka yang dibahagi kepada 18 orang di kumpulan rawatan dan 17 orang di kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra-pasca, ujian senarai semak kecerdasan visual-ruang, soal selidik dan koswer animasi grafik. Data-data yang diperolehi di analisis menggunakan statistik deskriptif seperti skor min dan frekuensi dan ujian-t untuk menguji hipotesis pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan dalam kalangan pelajar rawatan yang menggunakan koswer animasi grafik dan pelajar kawalan yang menjalani pembelajaran secara konvensional. Kedua, terdapat perbezaan yang signifikan diantara pelajar berkecerdasan visual-ruang tinggi dengan pelajar yang berkecerdasan visual-ruang rendah dimana pelajar berkecerdasan visual-ruang tinggi menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi. Koswer animasi grafik meliputi empat elemen iaitu isi kandungan (3.25), kemudahan penggunaan (3.43), rekabentuk antaramuka (3.30) dan motivasi (3.39). Kesimpulannya, pelaksanaan koswer animasi grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Juruteknik di politeknik yang mendapati pelajar kecerdasan visual-ruang tinggi mendapat lebih manfaat dalam pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:5376
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:44
Last Modified:14 May 2014 12:44

Repository Staff Only: item control page