Pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat

Sheikh Abd Hamid, Siti Nurul Ainmey (2013) Pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
201Kb

Abstract

Masyarakat Orang Asli merupakan kaum peribumi yang masih ketinggalan dalam pembangunan pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan vokasional. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk; a) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli, b) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina, c) mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan d) mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina. Kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif yang dijalankan di Kampung Sungai Gapoi, Bentong Pahang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Sungai Gapoi di mana seramai 40 orang dipilih sebagai sampel kajian yang menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik berskala Likert digunakan sabagai instrumen kajian di mana hasil dapatan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. Hasil analisis mendapati bidang Sains Pertanian merupakan bidang yang diperlukan oleh masyarakat ini dan di samping itu, masyarakat lelaki Orang Asli bukan sahaja memerlukan bidang Sains Pertanian, malah bidang Kejuruteraan Mekanikal seperti membaiki kenderaan bermotor dan basikal juga diperlukan. Bagi kaum wanita pula, di samping bidang Sains Pertanian seperti tanaman sayur, getah dan sawit, bidang Hospitaliti seperti menjahit, kraftangan dan ukiran menjadi keperluan mereka. Hasil analisis juga mendapati faktor penghalang bagi masyarakat ini adalah faktor kewangan keluarga di mana jumlah pendapatan bulanan mereka sangat rendah, manakala lokasi kediaman mereka yang jauh daripada pusat bandar dan latihan vokasional merupakan faktor penghalang bagi kaum lelaki. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) khususnya untuk merangka program yang diperlukan dan membincangkan kaedah untuk mengatasi halangan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli ini agar mereka dapat melibatkan diri dalam bidang pendidikan vokasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
ID Code:5377
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 12:45
Last Modified:14 May 2014 12:45

Repository Staff Only: item control page