Pembelajaran berasaskan aplikasi android menggunakan kaedah permainan bagi kursus asas grafik

Zainal, Masturah (2019) Pembelajaran berasaskan aplikasi android menggunakan kaedah permainan bagi kursus asas grafik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MASTURAH ZAINAL.pdf

Download (710kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MASTURAH ZAINAL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (259kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MASTURAH ZAINAL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

engaplikasian pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran merupakan suatu kaedah yang telah lama diaplikasikan di dunia termasuklah di negara Barat dan Asia. Di Malaysia, terutamanya di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hasil daripada kajian awal pengkaji keatas pelajar yang pernah mengambil kursus Asas Grafik mendapati terdapat kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami isi kandungan dalam kursus Asas Grafik serta mempunyai masalah untuk mencari bahan pembelajaran dalam versi Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penyelidikan ini mempersembahkan satu aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) yang telah direkabentuk dan dibangunkan berpandukan model pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran ADDIE. Selain itu, Rangka Kerja untuk Analisis Rasional Pendidikan Mudah Alih atau model FRAME digunakan sebagai panduan dalam pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih. Sehubungan dengan itu, kajian tahap kebolehgunaan aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) telah dijalankan terhadap tiga orang pakar dan 33 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian. Daripada hasil kajian mendapati aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) dapat membantu pelajar dalam memahami isi kandungan kursus dimana-mana sahaja dan tidak mengira masa sekaligus menggalakkan pembelajaran secara kendiri dan aktif. Tambahan lagi dengan adanya permainan dalam aplikasi pembelajaran tersebut ianya menyediakan suasana yang menyeronokkan dan dapat menarik minat untuk terus belajar. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan keseluruhan proses pembangunan dan rekabentuk bagi aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG). Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan kepada para penyelidik dan pembangun reka bentuk instruksional khususnya untuk pembelajaran mudah alih.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 05 Aug 2021 03:23
Last Modified: 05 Aug 2021 03:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/557

Actions (login required)

View Item View Item