Kesamarataan gender dalam bidang industri di Malaysia. Adakah wanita telah bersedia?

Selamat, Asri (2009) Kesamarataan gender dalam bidang industri di Malaysia. Adakah wanita telah bersedia? Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
914Kb

Abstract

Pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang kerjaya tidak lagi diragui dan bukan lagi satu isu baru di Malaysia malah ada yang berupaya menandingi kaum lelaki. Namun begitu, golongan ini masih dilihat sebagai satu golongan yang lemah kerana wujud tanggapan bahawa wanita tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebaik lelaki menyebabkan mereka jarang diberi peluang kenaikan pangkat terutama untuk sesebuah jawatan yang tinggi dalam bidang teknikal seolah-olah dipinggirkan dalam isu kesamarataan gender pada masa kini. Maka, tujuan kajian ialah untuk mengenalpasti sejauh manakah isu kesamarataan gender dalam bidang industri di Malaysia kepada golongan pekerja wanita yang bekerja dalam sektor pembuatan berdasarkan tahap kesediaan mereka dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bekerja untuk menjawat sesebuah jawatan yang tinggi. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan instrumen borang soal selidik untuk mengumpul data. Dalam kaedah ini, subjek kajian melibatkan 107 responden yang terdiri daripada wanita bekerjaya yang mempunyai latar belakang pendidikan teknikal di sektor industri bahagian pembuatan di kawasan Batu Pahat, Kluang dan Senai, Johor. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 16.0 untuk memperoleh statistik min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pekerja wanita secara amnya adalah pada tahap yang sederhana bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji iaitu ilmu pengetahuan (skor min = 3.41), kemahiran (skor min = 3.77), dan pengalaman bekerja (skor min = 3.74). Oleh itu, dicadangkan supaya pekerja wanita meningkatkan lagi ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang telah mereka miliki agar membolehkan mereka lebih bersedia dan berkelayakan untuk menjawat jawatan yang tinggi glalam bidang industri di Malaysia.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:5570
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:19 Jun 2014 14:55
Last Modified:19 Jun 2014 14:55

Repository Staff Only: item control page