Kesan parameter pensinteran terhadap sifat mekanikal dan fizikal aloi titanium berbusa menggunakan Kaedah Taguchi

Ahmad, Sufizar (2012) Kesan parameter pensinteran terhadap sifat mekanikal dan fizikal aloi titanium berbusa menggunakan Kaedah Taguchi. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
909Kb

Abstract

Logam berbusa merupakan suatu bahan yang sering digunakan dalam bidang kejuruteraan. Dalam masa waktu yang singkat logam berbusa telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti perubatan. Perkara ini adalah disebabkan sifat-sifat yang terdapat pada logam berbusa ini adalah sangat baik seperti kebendaliran tenna yang tinggi dan berat tentu yang rendah. Di dalam kajian ini, logam yang dipilih adalah aloi titanium dalam bentuk serbuk. Pemilihan ini adalah berdasarkan pada sifat-sifat yang terdapat pada aloi titanium sangat baik untuk dijadikan titanium berbusa. Nilai komposisi serbuk titanium yang digunakan dalam kajian ini adalah 85%, 90% dan 95%. Penghasilan titanium berbusa ini adalah dengan menggunakan kaedah penekanan serbuk di mana serbuk aloi titanium tersebut akan dicampurkan dengan agen pembusaan iaitu polipropilena (PP). Campuran ini akan dikenakan tekanan sehingga terbentuknya jasad hijau. Sampel titanium berbusa yang terbentuk akan disinterkan pada suhu 1 150°C, 1200°C dan 1250°C. Proses pensinteran ini dilakukan di dalam relau tiub yang berada di dalam atmosfera gas argon. Selepas proses pensinteran dilakukan, sampel titanium ini akan menjalani analisis ujian di mana pelbagai ujian dikenakan pada sampel titanium berbusa untuk menentukan sifat-sifat yang terhasil pada kaj ian yang dij alankan. Antara ujian yang terlibat adalah ujian imbasan mikroskop elektron (SEM), ujian sinar belauan sinar-X (EDX) dan ujian pembelauan tenaga-X (XRD). Berdasarkan ujian mikroskop elektron pengimbasan yang dijalankan menunjukkan komposisi 85% dan suhu pensinteran 1250°C menunjukkan penghasilan sampel yang baik berpandukan keliangan yang terhasil. Ujian sinar belauan tenaga-x (EDX) dan pembelauan sinar-x (XRD) menunjukkan kehadiran unsur-unsur sebelum dan selepas pensinteran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada ketiga-tiga ujian yang dilakukan sifat fizikal menunjukkan sampel yang terhasil mengalami masalah pengoksidaan.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:T Technology > TP Chemical technology > TP250-261 Industrial electrochemistry
Divisions:Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Materials Engineering and Design
ID Code:5580
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:23 Jun 2014 15:35
Last Modified:23 Jun 2014 15:35

Repository Staff Only: item control page