Kajian mengenai tahap pencapaian pelajar laluan diploma politeknik berbanding pelajar laluan Diploma IPT, Matrikulasi/Asasi dan STPM yang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana muda di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi Fasa II

Baba , Ishak (2011) Kajian mengenai tahap pencapaian pelajar laluan diploma politeknik berbanding pelajar laluan Diploma IPT, Matrikulasi/Asasi dan STPM yang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana muda di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi Fasa II. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
751Kb

Abstract

Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan industri negara. Pencapaian akademik pelajar lepasan Diploma Politeknik di IPT pula sering menjadi perbincangan dalam kalangan akademia berasaskan pencapaian akademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil cabaran ini untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar ini berbanding laluan lain iaitu Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Ianya melibatkan empat buah universiti teknikal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Penelitian ini dirancang dengan menggunakan kajian yang diperincikan dengan mengambil sampel pelajar kemasukan 200712008 yang bergraduat pada tahun 201 1. Prestasi akademik mereka diambil kira melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat diploma di politeknik atau IPT, matrikulasi atau asasi ataupun STPM. Kajian juga mengukur prestasi akademik di peringkat Sarjana Muda dan semasa mereka bergraduat. Hasil kajian menunjukkan prestasi pelajar lepasan Diploma Politeknik kurang cemerlang di peringkat awal pengajian. Prestasi akademik mereka semasa bergraduat juga kurang berbanding dengan pelajar lepasan Diploma IPT dan STPM tetapi mempunyai corak yang hampir sama dengan lepasan Matrikulasi. Kajian mencadangkan agar Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) mengkaji semula kurikulum yang digunakan agar dapat disesuaikan dengan kurikulum peringkat Ijazah terutamanya yang melibatkan elemen matematik dan kejuruteraan. Selain itu JPP boleh menilai semula kaedah pentaksiran yang dijalankan agar dapat menggambarkan pencapaian sebenar pelajar apabila berada di IPT. Ini disebabkan dasar penubuhan dan fungsi politeknik adalah berbeza dengan dasar penubuhan dan fungsi IPTA dan ini menyebabkan keluaran politeknik menghadapi laluan yang agak mencabar semasa mereka berada di IPT.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Engineering Technology > Department of Civil Engineering Technology
ID Code:5596
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:17 Jun 2014 15:03
Last Modified:17 Jun 2014 15:03

Repository Staff Only: item control page