Penilaian tahap kualiti perkhidmatan talian jalur lebar di sekolah berasrama penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Abu Hassan, Mohd. Sallehuddin (2019) Penilaian tahap kualiti perkhidmatan talian jalur lebar di sekolah berasrama penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD SALLEHUDDIN ABU HASSAN.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD SALLEHUDDIN ABU HASSAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD SALLEHUDDIN ABU HASSAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan teknologi maklumat dapat digunakan secara optimum oleh masyarakat Malaysia. Kerajaan telah membekalkan talian jalur lebar kepada semua sekolah di Malaysia untuk memastikan matlamat penggunaan teknologi maklumat dapat digunakan secara meluas. Bagaimana pun sehingga kini kajian yang dilaksanakan untuk menilai tahap prestasi perkhidmatan jalur lebar yang melibatkan pengguna akhir atau guru-guru kurang dilaksanakan. Dengan demikian kajian ini memfokuskan penilaian prestasi perkhidmatan jalur lebar yang dibekalkan oleh KPM kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Kajian ini dilaksanakan di SBP kerana SBP merupakan penanda aras kepada pencapaian sistem pendidikan di Malaysia. Kajian yang dibuat ini melibatkan kajian secara hybrid iaitu secara pendekatan soal jawab berstruktur dan kuantitatif. Kajian kuantitatif menggunakan instrumen kaji selidik manakala kajian secara kualitatif menggunakan pendekatan temubual berstruktur. Seramai 603 orang guru daripada 69 buah SBP telah mengemukakan maklumbalas dengan menjawab kaji selidik dan seramai lima (5) orang pakar telah ditemubual bagi mendapatkan maklumbalas. Data kaji selidik yang diperoleh dinalisis menggunakan perisian SPSS V20 manakala hasil temubual dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan talian jalur lebar yang dibekalkan kepada SBP tidak dapat memenuhi keperluan fungsi sebagaimana yang diharapkan. Ini dibuktikan apabila majoriti guru (56 peratus) terpaksa menggunakan talian jalur lebar selain yang dibekalkan oleh KPM semasa melaksanakan tugas-tugas harian di sekolah. Sebanyak tujuh (7) strategi telah dikemukakan bagi memastikan jalur lebar dapat digunakan secara optimum. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak KPM dalam membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan dalam memastikan capaian jalur lebar yang dibekalkan di SBP dapat digunakan sebaik mungkin.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 05 Aug 2021 03:36
Last Modified: 05 Aug 2021 03:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/572

Actions (login required)

View Item View Item