Pembangunan aplikasi pembelajaran M-SPWTC untuk kursus pemasangan dan penyelenggaraan elektrik satu fasa

Subramaniam, Tamil Selvan and Ariffin, Arihasnida and Hamzah, Norhasyimah and Rubani, Siti Nur Kamariah (2018) Pembangunan aplikasi pembelajaran M-SPWTC untuk kursus pemasangan dan penyelenggaraan elektrik satu fasa. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 3 (1). pp. 1-9. ISSN 2289-7410

[img] Text
AJ 2018 (899) Pembangunan aplikasi pembelajaran M-SPWTC untuk kursus pemasangan dan penyelenggaraan elektrik satu fasa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (400kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan pembelajaran mobile sebagai bahan sokongan pembelajaran semakin meluas dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Namun begitu masalah yang wujud adalah tidak ada satu aplikasi pembelajaran yang berasaskan pembelajaran mobile yang pernah dibangunkan atau disediakan untuk keperluan pelajar kolej vokasional dalam kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa khususnya bagi topik pengujian elektrik satu fasa. Oleh itu, tujuan aplikasi pembelajaran M-SPWTC yang berasaskan platform android ini dibangunkan adalah untuk dijadikan bahan sokongan pembelajaran serta meningkatkan pemahaman pelajar dalam kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan dan menilai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam aplikasi pembelajaran M-SPWTC serta mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap aplikasi pembelajaran M-SPWTC. Reka bentuk kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar kolej vokasional dan 4 orang pakar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 20 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, serta min. Secara keseluruhannya aplikasi pembelajaran M-SPWTC ini berjaya dibangunkan dan boleh diterima pakai. Hasil dapatan penilaian juga menunjukkan elemen yang diintegrasikan dalam M-SPWTC memenuhi keperluan penggunaan seperti penggunaan teks, video, animasi dan grafik serta diterima oleh pelajar sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada perekabentuk kandungan pembelajaran atas talian khususnya bagi bidang TVET.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran secara mobile; M-SPWTC; Elemen multimedia; TVET; ADDIE
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Skills and Professional
Depositing User: UiTM Student Praktikal
Date Deposited: 23 Jan 2022 07:00
Last Modified: 23 Jan 2022 07:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5790

Actions (login required)

View Item View Item