Subramaniam, Tamil Selvan and Ab Majid, Nur Fazilah and Ariffin, Arihasnida and Hamzah, Norhasyimah and Rubani, Siti Nur Kamariah (2018) Kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir (FPTV) di UTHM. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 3 (2). pp. 1-10. ISSN 2289-7410
Text
AJ 2018 (900) Kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir (FPTV) di UTHM.pdf Restricted to Registered users only Download (302kB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran keusahawanan merupakan kebolehan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan. Permasalahan kajian adalah kurang dapatan mengenai tahap kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi PdP dan menyebabkan kadar pengangguran siswazah semakin meningkat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmana kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di UTHM. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Responden melibatkan 144 orang pelajar tahun empat (4) iaitu pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional di FPTV, UTHM. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) version 21.0 dan di interpretasi dalam bentuk min dan sisihan piawaian. Hasil maklum balas mendapati pelajar menunjukkan penerimaan yang sederhana untuk ketiga-tiga aspek iaitu dari aspek kebolehan pelajar dalam merebut peluang perniagaan, merangka perancangan perniagaan dan mengenalpasti kebolehan untuk bekerja sendiri dalam bidang keusahawanan. Sumbangan kajian ini dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada tenaga pengajar dalam merancang strategi yang terbaik untuk meningkatkan tahap keusahawanan menerusi aktiviti PdP.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kamahiran keusahawanan; peluang perniagaan; merangka perancangan; kebolehan bekerja sendiri |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Skills and Professional |
Depositing User: | UiTM Student Praktikal |
Date Deposited: | 23 Jan 2022 07:02 |
Last Modified: | 23 Jan 2022 07:02 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5792 |
Actions (login required)
View Item |