Pembangunan control system trainer sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi kursus control system di Kolej Vokasional

Yusoff, Muhammad Hazri (2019) Pembangunan control system trainer sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi kursus control system di Kolej Vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMMAD HAZRI YUSOFF.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD HAZRI YUSOFF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD HAZRI YUSOFF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar untuk membantu pelajar memahami matapelajaran kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah trainer pembelajaran sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam kursus Control System (ETE7023) di Kolej Vokasional. Kajian menggunakan model Engineering Design Process (EDP) dalam proses membangunkan Control System Trainer ini. Fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah mengenalpasti idea, penjanaan idea, perancangan, penciptaan dan penilaian. Proses ini bersifat menyeluruh dan merangkumi peringkat-peringkat yang efektif bagi sesebuah kajian reka bentuk dan pembangunan sebuah produk. Kajian ini menumpukan kepada operasi asas sistem kawalan automasi dan aplikasi konveyer. Selain itu, pembangunan lapan set kertas amali juga disediakan yang mengandungi aktiviti dan langkah kerja bagi memudahkan pelajar memahami sub topik kursus dan menggunakan trainer. Produk yang dibangunkan ini telah mendapat pengesahan oleh lima orang pakar dari aspek reka bentuk, pembangunan produk dan kebolehfungsian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan menunjukkan pembangunan Control System Trainer didapati perlu dan sesuai digunakan sebagai ABBM untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, dari segi keselamatan dan aplikasi perlu ditambahbaik pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of TechnologyStudies
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 05 Aug 2021 04:10
Last Modified: 05 Aug 2021 04:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/591

Actions (login required)

View Item View Item