Sejarah dalam arus kesedaran: sumbangsih kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang

Saat, Ishak and Jusoh, Adnan and Abdullah, Nabir (2014) Sejarah dalam arus kesedaran: sumbangsih kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-63-1

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku Sejarah Dalam Arus Kesedaran, Sumbangsih kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang ini dihasilkan sempena mengingati jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Selaku Dekan yang pertama sudah tentu banyak cabaran dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau untuk membina sesuatu dari tiada kepada ada. Dengan erti kata lain, beliau melakarkan sebuah sejarah tersendiri dalam membangunkan bidang sains kemanusiaan di UPSI iaitu satu-satunya fakulti yang mempunyai pelbagai disiplin ilmu seperti Sejarah, Geografi, Pengajian Malaysia, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Buku ini mengandungi 13 bab yang berkaitan dengan sejarah dengan tema kesedaran yang dihasilkan oleh para pelajar pasca siswazah dan juga para pensyarah dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Ada di antara penyumbang bab ini merupakan bekas pelajar beliau dan ada juga antaranya merupakan rakan seperjuangan beliau semasa di (UPSI) . Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu memperbanyakkan khazanah sejarah untuk dijadikan tatapan generasi akan datang. Sesuai dengan konsep sejarah mengajar erti kedewasaan dan sejarah itu satu pengajaran dan tauladan. Lantaran itu ambillah pengajaran dari sejarah demi masa depan agama, bangsa dan negara. Buku ini juga dihasilkan bertujuan untuk membimbing dan melahirkan sejarawan baru dalam mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sejarawan terdahulu dalam usaha memperbanyakkan khazanah sejarah negara.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5943
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Oct 2014 20:20
Last Modified:15 Oct 2014 20:20

Repository Staff Only: item control page