Pembangunan aplikasi mudahalih android “Moneytracker"

Nathan, Shelena Soosay and Tang Ren, Shyang and Micheal Law, Mao Sheng and Chong, Shan Choon (2017) Pembangunan aplikasi mudahalih android “Moneytracker". In: Teknologi Maklumat & Aplikasi. Penerbit Uthm, Uthm, pp. 1-7. ISBN 9789672110132

[img] Text
BDB 2018 (4)(1).pdf
Restricted to Registered users only

Download (215kB) | Request a copy

Abstract

Seperti yang kita semua sedia maklum, pinjaman pendidikan adalah sumber utama kewangan untuk pelajar pengajian tinggi di Malaysia.Sebagai pelajar universiti atau kolej, mereka perlu bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka sendiri, bagi memastikan keseimbangan pengurusan wang keluar dan wang masuk harian. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar pengajian tinggi kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan kebanyakan mereka tidak mengambil berat mengenainya [1,2]. Dengan kata lain, pelajar tidak menyedari kepentingan dalam pengurusan kewangan dan mereka tidak bersedia untuk mencari jalan penyelesaian yang betul untuk mengurus kewangan sehingga mereka kekurangan wang pada akhir semester. Kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan akan menimbulkan masalah pengurusan kewangan. Tidak dinafikan, pengetahuan pengurusan kewangan adalah perlu bagi pelajar untuk menguruskan perbelanjaan mereka yang membawa kepada kewangan yang lebih terancang oleh mereka.Menurut penulis [1], kemahiran pengurusan kewangan didefinisikan sebagai pengetahuan dan pemahaman yang membolehkan orang ramai untuk memperolehi dan menangani perkara-perkara kewangan seharian untuk membuat keputusan yang terbaik. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai pengurusan yang bijak mengenai kewangan merekauntuk masa depan mereka atau untuk negara, kerana kebanyakan kadar kemiskinan dan muflis berlaku disebabkan oleh pengurusan kewangan yang lemah.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Center for Diploma Studies > Dept. of Electrical Engineering
Depositing User: Mr. Mohd Iskandar Faiz Amran
Date Deposited: 19 Jan 2022 02:11
Last Modified: 19 Jan 2022 02:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5945

Actions (login required)

View Item View Item