Himpunan artikel dalam bidang teknologi maklumat

Hamid Ali, Firkhan Ali (2010) Himpunan artikel dalam bidang teknologi maklumat. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-29-6

Full text not available from this repository.

Abstract

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT menjadi sebahagian budaya kerja dalam masyarakat Malaysia. Istilah buta huruf digantikan dengan buta ICT sekiranya kita tidak berupaya untuk mengendalikan aplikasi ICT. Namun begitu, perkembangan teknologi ini sangat cepat sehinggakan baru sahaja kita diperkenalkan dengan sesuatu teknologi, datang pula teknologi yang lebih terkini. Sebagai contoh, sebelum ini diwar-warkan berkenaan teknologi pengkomputeran grid tetapi sebelum teknologi ini matang digunakan di pasaran, telah ada teknologi baru yang dikenali sebagai teknologi pengkomputeran kepulan yang kini telah memasuki pasaran komersial. Namun begitu, setiap teknologi dan isu dalam ICT, kebanyakannya saling berkait dan terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di antara satu sama lain. Buku ini mengandungi beberapa artikel ilmiah yang membincangkan perkara asas, isu dan teknologi baru dalam ICT seperti e-pembelajaran, virus, pengkomputeran maya, internet, keselamatan ICT, pengkomputeran kepulan dan sebagainya.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > T58.5-58.64 Information technology
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5958
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Oct 2014 16:10
Last Modified:13 Oct 2014 16:10

Repository Staff Only: item control page