Pengurusan penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan

Alias, Anuar and Ali, Azlan Shah (2011) Pengurusan penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-37-1

Full text not available from this repository.

Abstract

Pengurusan Bangunan merupakan satu bidang kerja yang akan bermula ketika bangunan itu mula dibina dan hanya tamat setelah bangunan itu dirobohkan. Selagi bangunan itu berdiri tersergam, khidmat pengurusan bangunan adalah mustahak bagi memastikan khidmat asas yang diperlukan oleh penghuni diberikan dengan sempurna. Konsep pengurusan yang diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu merupakan satu asas untuk membina satu konsep pengurusan yang sesuai dan selari dengan harapan tinggi dari pihak pengguna masa kini. Oleh itu, konsep pengurusan bangunan iaitu selenggara seadanya (maintain as it is) hanya merupakan retorik kerana selera penghuni bangunan pada era millennium adalah unik, fokus dan canggih. Ini selaras dengan perkembangan teknologi dan aliran pengetahuan yang lebih berteknologi tinggi. Satu sistem perancangan penyenggaraan terbaik adalah mustahak untuk menentukan kos pengurusan dan pembaikan adalah minima, kadar sewa berpatutan, keselesaan dan keselamatan penghuni di tahap yang tinggi, nilai bangunan stabil atau meningkat dan jangka hayat bangunan dapat dipanjangkan. Buku ini amnya lebih berteraskan amalan praktikal berbanding teori, dan diharap dapat menyumbang kepada perkembangan bidang pengurusan penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan di Malaysia.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5959
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Oct 2014 15:37
Last Modified:13 Oct 2014 15:37

Repository Staff Only: item control page