Lukisan kejuruteraan teknik umum-ke-spesifik (UKeS): whole-to-parts

Akasah , Zainal Abidin and Alias, Maizam and Liaw, Yin Huat (2013) Lukisan kejuruteraan teknik umum-ke-spesifik (UKeS): whole-to-parts. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-30-3

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini diterbitkan bagi menambah bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan yang menjadi satu subjek penting dalam kebanyakan bidang pengajian dan pekerjaan. Ia mengambilkira atribut psikologi seseorang pelajar iaitu keupayaan envisualisasi ruang yang telah dikenalpasti kepentingannya melalui dapatan kajian masa lalu. Buku ini memberi penekanan kepada pendekatan dari umum-ke-spesifik (whole-to-parts approach) atau singkatannya UKeS. UKeS mengambilkira keperluan menvisualisasi ruang yang menjadi matlamat jangka panjang pendidikan lukisan kejuruteraan. Bahanbahan di dalam buku ini mengambilkira proses kognitif yang terlibat dalam pembelajaran lukisan kejuruteraan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Ia mengambilkira kekuatan otak kanan yang lazimnya dipinggirkan apabila pengajaran pendekatan spesifikke- umum digunakan. Penggunaan bahan dan aktiviti dalam buku ini secara teratur akan dapat meningkatkan minat dan kemahiran terhadap lukisan kejuruteraan serta membantu dalam meningkatkan keupayaan menvisualisasi ruang seseorang iaitu satu keupayaan yang amat penting dalam menentukan kejayaan akademik dan kerjaya pelbagai disiplin.+�

Item Type:Book
Subjects:T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5965
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:09 Oct 2014 15:09
Last Modified:09 Oct 2014 15:09

Repository Staff Only: item control page