Senang berbahasa Arab

Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2005) Senang berbahasa Arab. Penerbit UTHM. ISBN 978-983-2963-17-6

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku yang sederhana, ringkas dan jelas ini disusun dalam bahasa Arab yang mudah difahami. Ianya amat berguna kepada mereka yang baru belajar bahasa Arab. Buku ini mengetengahkan kaedah mempelajari bahasa Arab daripada komponen yang paling asas bahasa itu sendiri iaitu kalimah (perkataan). Penulis sengaja memilih perkataan yang sinonim dalam bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab untuk dimuatkan dalam buku ini supaya pembaca mudah mengingati dan dapat mengaplikasi terus perkataan tersebut dalam bahasa Arab dengan lebih cepat dan berkesan. Selain daripada menyenaraikan perkataan-perkataan yang sinonim, penulis juga menyertakan contoh ayat bagi setiap perkataan tersebut dan menerangkan tips-tips menggunakan kata Tanya dalam bahasa Arab dengan betul. Lantaran adanya persamaan di antara kedua-dua bahasa, kaedah seperti ini menjadikan pembelajaran bahasa Arab berjalan lebih pantas, seronok dan akan menarik minat lebih ramai orang untuk mempelajarinya.

Item Type:Book
Subjects:P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5989
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Oct 2014 16:22
Last Modified:07 Oct 2014 16:22

Repository Staff Only: item control page