Syeikh Abdullah Fahim: tokoh intelek Melayu dan pejuang kemerdekaan

al-Edrus, Syed Muhammad Dawilah and Nik Hussin, Nik Haslinda (2007) Syeikh Abdullah Fahim: tokoh intelek Melayu dan pejuang kemerdekaan. Penerbit UTHM. ISBN 978-983-2963-50-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh negarawan merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, Daerah Padang Terap, Kedah pada tahun 1869. Bapa beliau Tuan Haji lbrahim bin Tahir telah membawanya ke Makkah sewaktu usia kanak-kanak lagi. Berdasarkan satu lagi sumber yang menyebutkan beliau dilahirkan di Kampung Sha’ib ‘Ali Kota Makkah al-Mukarramah pada 1870. Syeikh Abdullah Fahim seorang kanak-kanak yang pintar dan begitu meminati sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya. Ini dibuktikan dengan kejayaan cemerlang beliau menguasai bukan sahaja ilmu-ilmu agama secara khusus seperti fiqah, tauhid, usuluddin, tafsir al-Qur’an dan sebagainya tetapi ilmuilmu bantu yang lain seperti kesusasteraan Arab, mantiq, ilmu hisab dan ilmu falak. Kesungguhan dan minat yang mendalam beliau terhadap menuntut ilmu dibuktikan oleh anaknya Dato’ Haji Ahmad Badawi, “bapanya telah berguru daripada 42 orang ulamak dan pelbagai bangsa dan bidang samada agama, akademik dan politik”.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:5991
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Oct 2014 14:35
Last Modified:02 Oct 2014 14:35

Repository Staff Only: item control page