Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi: bapa pembangunan modal insan negara

Syed Abdullah, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus and Othman, Hussain and Esa, Ahmad (2010) Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi: bapa pembangunan modal insan negara. Penerbit UTHM. ISBN 978-983-5457-05-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Jasa dan sumbangan Tun Abdullah begitu besar dalam usaha membangunkan modal insan negara. Keprihatinan beliau terhadap kepentingan kualiti modal insan negara digambarkan melalui pengenalan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Slogan ini amat bermakna kepada semua pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan usaha membina modal insan negara. Kualiti cemerlang, gemilang dan terbilang ini adalah satu tahap pencapaian unggul yang perlu dijadikan matlamat dan hala tuju pembangunan modal insan negara secara individu dan kolektif. Keprihatinan Tun terhadap usaha membangunkan modal insan ini juga tergambar dengan jelas dalam Misi Nasional Negara yang dijadikan sebagai panduan hala tuju utama negara. Pembangunan modal insan adalah antara teras utama dalam melahir dan memperkembangkan ekonomi berlandaskan teknologi dan pengetahuan. Sesungguhnya jasa dan bakti yang beliau curahkan amat besar. Penerbitan buku ini merupakan satu manifestasi penghargaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap seorang negarawan ulung negara, Yang Amat Berbahagia Tun Abdulah Haji Ahmad Badawi.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:6000
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Oct 2014 16:11
Last Modified:07 Oct 2014 16:11

Repository Staff Only: item control page