Melaka: di sinilah segala-galanya bermula

Syed Kassim, Syed Ahmad and Mohd. Jidi, Kamarolzaman and Kamarolzaman, Suraya Hani and Kamarolzaman, Muhammad Taufik and Aziz, Muhammad Khairi (2012) Melaka: di sinilah segala-galanya bermula. Penerbit UTHM. ISBN 978-983-0468-03-7

Full text not available from this repository.

Abstract

Masyarakat glokal dan global perlu membaca dan menghayati intipati buku persejarahan terhebat ini. Menurut Alvin Toffler Abad ke-21 adalah Abad Gelombang Maklumat. Buku ini melakarkan coretan pembukaan Negeri Melaka oleh Parameswara pada 1262M dan seterusnya Kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 1400M. Permulaan kedatangan orang Barat apabila berlaku kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511M. Persejarahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang panjang iaitu selama 111 tahun itu telah melibatkan seluruh bangsa dan negara di seluruh pelusuk dunia, yang sukar dibilang. Namun dapat dinukilkan persejarahan Negeri Melaka ini telah mencetuskan penglibatan bangsa-bangsa di dunia seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Cina, India, Australia, Pakistan, Pasai, Pedir, Sumatera, Borneo, Siam, Kemboja, Ambon, Banda, Betawi, Aceh, Jawa, Bugis, Bentan, Linggi, Rokan, Aru, Jambi, Inderagiri, Sri Langka, Gujerat, Rom, Majapahit, Mataram, Srivijaya, Siak, Pegu (Burma), Pattani, Kampar, Bengkalis, Minangkabau, Arab, Cina Baba, Timur Tengah, Turki, Jepun, Jerman, Itali, Afrika, Eropah dan lain-lain lagi. Agama-agama besar seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain terlibat sama dalam persejarahan yang bertunas di Melaka ini. Kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, menukilkan kepahlawanan dan kebitaraannya dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, undang-undang, pertahanan, sosio ekonomi, psikologi, teologi dan sebagainya, bahkan ianya mengangkat kewibawaan metafizik, epistemologi, askiologi dan teologi untuk dijadikan suatu panduan dan acuan tamaduan akan datang.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:6010
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Oct 2014 15:22
Last Modified:07 Oct 2014 15:22

Repository Staff Only: item control page