Kawalan bangunan: pelaksanaan kelulusan pelan bangunan melalui pusat sehenti

Ali, Azlan Shah and Zakaria, Rohayati (2013) Kawalan bangunan: pelaksanaan kelulusan pelan bangunan melalui pusat sehenti. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-15-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Penulisan buku ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan keberkesanan Pusat Sehenti dari segi memendekkan tempoh masa kelulusan pelan bangunan dengan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti dari aspek tempoh masa kelulusan pelan bangunan bagi projek perumahan. Disamping itu, buku ini juga memaparkan proses kelulusan pelan bangunan yang dilaksanakan oleh PBT di Malaysia. Buku ini juga menekankan faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti iaitu kakitangan, dokumen permohonan, pelan pindaan dan pemohon/pemaju. Prestasi PBT dalam memproses permohonan pelan bangunan berkemungkinan dapat dipertingkatkan lagi dengan memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap penambahbaikan kepada aspek tersebut. Kandungan buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang memfokus kepada bidang senibina, ukur bangunan, kejuruteraan dan kursus yang berkaitan dengan bidang alam bina serta dijadikan panduan dan bahan bacaan umum kepada pengamal yang ada kaitan dengan bidang kerja kawalan bangunan.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:6012
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 Oct 2014 15:20
Last Modified:07 Oct 2014 15:20

Repository Staff Only: item control page