Analisis kejatuhan Volga Bulgaria 1258 M

Halim, Harliana and Yusoff, Kamaruzaman (2014) Analisis kejatuhan Volga Bulgaria 1258 M. In: 2nd World Conference on Islamic and Civilization 2014 (WCIT 2014), 18-19 August 2014, Ipoh, Perak.

[img]
Preview
PDF
33Kb

Abstract

Kajian ini membincangkan kejatuhan Volga Bulgaria, sebuah negara Islam yang tidak dikenali tetapi wujud seawal855 AD di mana lokasinya terletak di pertemuan Sungai Volga - Kama dalam pentadbiran Rusia pada hari ini. Kewujudan negara Islam Volga Bulgaria dicatatkan oleh Ibn Fadlan. Walau bagaimanapun, negara Islam Volga Bulgaria tidak dapat lari daripada mengalami kegawatan menghadapi ancaman luar dan pergolakan dalaman. Oleh itu, kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan negara Islam Volga Bulgaria Oleh ity metodologi penyelidikan berpendekatan sejarah digunakan untuk melakukan penilaian fakta-fakta yang telah dirakamkan oleh Ibn Fadlan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, oleh itu pengumpulan data dilakukan melalui kaedah penyelidikan perpustakaan. Data kemudiannya telah dianalisis melalui kaedah analisis teks dan perbandingan dokumen sebagai tambahan kepada kaedah induksi dan deduksi. Di akhirnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Volga Bulgaria iaitu kegagalan hubungan diplomatik dengan Baghdad, kedua adalah pergolakan dalaman Volga Bulgaria itu sendiri dan ancaman luar negara di sekitar wilayah pemerintahannya

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Volga Bulgaria; tamadun; kedaulatan; kejatuhan
Subjects:D History General and Old World > DK Russia. Soviet Union. Former Soviet Republics
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:6040
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:01 Apr 2015 17:30
Last Modified:01 Apr 2015 17:30

Repository Staff Only: item control page