Tahap kompetensi pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja amali berpandukan domain psikomotor simpson

Ishak, Nor Syuhada (2019) Tahap kompetensi pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja amali berpandukan domain psikomotor simpson. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p NOR SYUHADA ISHAK.pdf

Download (978kB)
[img] Text (Full Text)
NOR SYUHADA ISHAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pelajar dalam melaksanakan kerja amali berdasarkan domain pembelajaran Psikomotor Simpson dan melihat perbezaan yang wujud di antara jantina pelajar iaitu pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap kompetensi mereka melaksanakan kerja amali. Kajian juga mencari hubungan yang wujud di antara tahap kompetensi pelajar dengan pencapaian pelajar berdasarkan nilai PNGK pelajar semester lepas. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dijalankan terhadap 118 pelajar tahun akhir kursus Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi dan kursus Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian di empat buah Kolej Vokasional di Wilayah Selatan iaitu KV Kluang, KV Perdagangan Johor Bahru, KV Datuk Seri Mohd Zin dan KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Soal selidik merangkumi 41 soalan untuk menguji 7 aras psikomotor berdasarkan domain pembelajaran Simpson. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan statistik inferensi seperti ujian-t, dan korelasi Spearman telah digunakan untuk menghurai dan menguji persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap kompetensi pelajar berada pada aras adaptasi dengan nilai skor min keseluruhan (M=3.97; SP=0.370) dan terdapat korelasi yang kecil di antara pencapaian pelajar dengan tahap kompetensi iaitu (r=0.312,p<0.05). Tiada perbezaan yang signifikan secara statistik dibuktikan terhadap jantina pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1031-1034.5 Competency based education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Aug 2021 04:46
Last Modified: 11 Aug 2021 04:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/618

Actions (login required)

View Item View Item