Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum sukan hoki dalam kalangan pelajar UTHM

Buhari, Alunawati and Esa, Ahmad (2014) Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum sukan hoki dalam kalangan pelajar UTHM. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
86Kb

Abstract

Penglibatan kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajarar sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tinggi terhadap bakal pekerjanya. Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen Kemahiran Insaniah. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum hoki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh, penyelidik adalah berbentuk kajian kes. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan sekumpulan pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum hoki di UTHM -sebagai sampel kaj ian. Penyelidik memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian kerana melalui kajian kes, maklumat yang diperoleh amat teliti dan mendalam dapat dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen yang digunakan adalah borang selidik, temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen di mana ia digunakan untuk mengumpul data mengenai penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran berpasukan dalam kalangan responden. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 33 orang pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum sukan hoki di UTHM. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 20. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah kursus menjadi role models yang dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang berterusan supaya dapat menjadi ikutan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kokurikulum; kemahiran insaniah (soft skills); kemahiran kerja berpasukan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:6204
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2015 16:12
Last Modified:05 Jan 2015 16:12

Repository Staff Only: item control page