Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi kadet remaja sekolah (KRS) dalam kalangan pelajar sekolah menengah teknik

Esa, Ahmad and Abd Manap, Siti Khadijah (2012) Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi kadet remaja sekolah (KRS) dalam kalangan pelajar sekolah menengah teknik. Personalia Pelajar . ISSN ISSN 0128-273

[img]
Preview
PDF
44Kb

Abstract

Kemahiran kepimpinan perlu dikuasai oleh para pelajar yang juga merupakan pemimpin masa depan. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. KRS menyediakan peluang kepada pelajar untuk menerapkan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka. Kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti KRS di Sekolah Menengah Teknik, Batu Pahat (SMTBP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri, tahap kesedaran dan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam aktiviti KRS. Sampel kajian adalah seramai 36 orang pelajar KRS di SMTBP. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai manakala bagi senarai semak menggunakan kekerapan dan menganalisis transkrip temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan iaitu komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. Di samping itu kajian mendapati bahawa mereka menyedari dan menguasai ciri-ciri kepimpinan yang diterapkan dalam KRS. Justeru dapat disimpulkan bahawa kemahiran kepimpinan boleh dibangunkan menerusi aktiviti kokurikulum unit beruniform.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kokurikulum; kepimpinan; komunikasi; kredibiliti; karisma; keterampilan; Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:6221
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:08 Dec 2014 12:10
Last Modified:08 Dec 2014 12:10

Repository Staff Only: item control page