Hubungan di antara amalan pembuatan mampan dan prestasi mampan dalam sektor pembuatan

Mohd Farid, Nur Sarah Hidayah and Ahmad, Nurazwa and Abu Seman, Noor Aslinda (2021) Hubungan di antara amalan pembuatan mampan dan prestasi mampan dalam sektor pembuatan. International Journal of Innovation and Industrial Revolution (ijirev). pp. 10-30.

[img] Text
J13212_8c684f96201a050e66370fa2802b95f4.pdf
Restricted to Registered users only

Download (474kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan amalan pembuatan mampan telah membawa banyak keuntungan dan manfaat bukan sahaja kepada industri pembuatan itu sendiri malah kepada persekitaran. Antara manfaat tersebut ialah meningkatkan produktiviti, membawa imej yang baik, menghasilkan produk mesra alam. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak organisasi pembuatan yang masih tidak melaksanakan amalan pembuatan mampan oleh faktor kos yang tinggi dan budaya organisasi yang tidak menerima amalan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan di antara amalan pembuatan mampan (SMP) dan prestasi mampan organisasi pembuatan. Data dikumpulkan berdasarkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan SPSS digunakan untuk menganalisis data deskriptif dan korelasi. Sampel sebanyak 51 syarikat pembuatan di Johor digunakan untuk analisis bagi kajian yang akan dijalankan. Amalan pengeluaran bersih dan hubungan pekerja menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi mampan. Amalan eko efisiensi menunjukkan tiada hubungan terhadap kemampanan ekonomi, namun terdapat hubungan yang signifikan terhadap kemampanan persekitaran dan kemampanan sosial. Faedah daripada kajian ini ialah organisasi pembuatan dapat melihat beberapa SMP yang bertindak sebagai pemacu untuk meningkatkan prestasi mampan organisasi kerana manfaat jangka panjang yang ditawarkannya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sustainable manufacturing practices; sustainable performance; manufacturing sector
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 28 Jan 2022 00:11
Last Modified: 28 Jan 2022 01:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6265

Actions (login required)

View Item View Item