Modul pembelajaran kendiri secara interaktif subjek kerja kayu di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional

Abdul Talib, Nurul Huda (2003) Modul pembelajaran kendiri secara interaktif subjek kerja kayu di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1359Kb

Abstract

Pembelajaran berbantukan komputer adalah berbentuk penggunaan komputer dalam mempelajari sesuatu, secara tersusun melalui program yang telah dirancang atau menggunakan komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer. Kajian yang dijalankan ini adalah bagi mencapai objektif modul pembelajaran kendiri secara interaktif yang bersifat mesra pengguna dan membuat pengujian terhadap perisian yang dibangunkan. Perisian ini bertujuan membantu pelajar dalam menguasai subjek keija kayu. Perisian ini dinamakan sebagai Modul Pembelajaran Kendiri Secara Interaktif Keija Kayu. Empat aspek yang dinilai terhadap perisian modul pembelajaran kendiri secara interaktif yang dibangunkan ini iaitu isi kandungan, bahasa dan illustrasi dan antaramuka pengguna perisian. Seramai 120 orang responden terdiri daripada pelajarb Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sesi 2002 dipilih untuk tujuan penilaian perisian yang dibangunkan. Maklum balas diperolehi melalui soal selidik dan telah dianalisis secara saintifik menggunakan SPSS version 11.0 dan nilai min. Dapatan kajian mendapati keempat-empat aspek yang digunakan memenuhi kehendak pengguna.Perisian ini mampu dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Individualized instruction,Vocational education
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:633
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:07 Feb 2011 10:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page