Keberkesanan modul pengintegrasian teori penyelesaian masalah inventif dalam pembelajaran berasaskan masalah di UTHM

Che Wan Razak, Che Wan Husna Syahirah (2021) Keberkesanan modul pengintegrasian teori penyelesaian masalah inventif dalam pembelajaran berasaskan masalah di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p CHE WAN HUSNA SYAHIRAH CHE WAN RAZAK.pdf

Download (10MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
CHE WAN HUSNA SYAHIRAH CHE WAN RAZAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (11MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
CHE WAN HUSNA SYAHIRAH CHE WAN RAZAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB) | Request a copy

Abstract

Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah merupakan aspek yang diperlukan dalam bidang industri. Oleh itu, pendidik haruslah mengubah strategi pengajaran kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diintergrasikan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ)). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengintegrasian TRIZ dalam PBM untuk menyelesaikan masalah semasa menyiapkan tugasan kerja kursus. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimental “Pretest-Posttest Nonequivalent Control Group Design”. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pelajar teknikal di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sampel kajian merangkumi dua kumpulan iaitu Kumpulan Rawatan (KR) seramai 54 orang dan Kumpulan Kawalan (KK) seramai 60 orang pelajar yang mengambil kursus BBP10502 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) semester II 2019/2020. Instrumen kajian merangkumi tugasan kerja kursus pra dan pasca serta rubrik penilaian tugasan kerja kursus untuk menilai tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar KR dan KK. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar KR dan KK mempunyai tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang sama iaitu majoriti pelajar mendapat tahap yang lemah dan diikuti dengan tahap sangat lemah dan memuaskan. Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik min markah tugasan kerja kursus pasca antara KR dan KK secara keseluruhan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik min markah antara tugasan kerja kursus pra dan pasca secara keseluruhan bagi KR dan KK. Modul Pengintegrasian TRIZ dalam PBM dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah disamping memberi kesan yang signifikan kepada pencapaian pelajar untuk penyelesaian masalah semasa menyelesaikan tugasan kerja kursus yang berbentuk PBM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Feb 2022 21:17
Last Modified: 06 Feb 2022 21:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6491

Actions (login required)

View Item View Item