Penilaian nano zink oksida keatas campuran asfalt terhadap kerosakan kelembapan

Mohd Yunus, Khairul Nizam and Mohd Kamaruddin, Nurul Hidayah (2021) Penilaian nano zink oksida keatas campuran asfalt terhadap kerosakan kelembapan. In: ROAD PAVEMENT & GEOMATIC APPLICATION: The Scenario. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 12-14.

[img] Text
3.pdf
Restricted to Registered users only

Download (145kB) | Request a copy

Abstract

Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang menerima intensiti hujan yang tinggi sepanjang tahun. Untuk keadaan jalan, turapan asfalt dikenakan dengan beban yang tinggi dan sistem saliran tidak mencukupi untuk musim hujan. Semua faktor yang digabungkan menghasilkan kebarangkalian kerosakan kelembapan yang tinggi [1]. Kerosakan kelembapan adalah salah satu masalah utama bagi turapan berasfalt di mana ianya mempengaruhi jangka hayat disebabkan oleh keadaan lekatan dan lekitan asfalt pengikat [2]. Kehilangan pelekatan merujuk kepada pengurangan keupayaan pelekat pada permukaan agregat dan asfalt. Ini berlaku akibat air dan tekanan dari air yang bertindak pada campuran asfalt. Sementara itu, kehilangan lekitan adalah disebabkan oleh pelembutan atau kemerosotan keupayaan lekitan didalam asfalt pengikat yang tertumpu kepada kelembapan [3]. Pelucutan dan penguraian adalah disebabkan kehilangan ikatan pelekat antara agregat dan asfalt. Sementara itu, kehilangan keupayaan lekitan boleh membawa kepada kelemahan turapan yang mudah terdedah kepada kerosakan pramatang dan kerosakan tekanan pori [4].

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > TE210-228.3 Construction details. Including foundations, maintenance, equipment
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 28 Feb 2022 00:29
Last Modified: 28 Feb 2022 00:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6512

Actions (login required)

View Item View Item