Buhari, Rosnawati and Nurul Nadiah binti Mohd Hizam, Nurul Nadiah binti Mohd Hizam (2021) Penjanaan profil permukaan jalan daripada data road scanner. In: ROAD PAVEMENT & GEOMATIC APPLICATION: The Scenario. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 29-35.
Text
7.pdf Restricted to Registered users only Download (506kB) | Request a copy |
Abstract
Kekasaran permukaan sesuatu objek adalah satu faktor yang amat penting untuk menentukan bagaimana ia bertindak balas dengan objek lain yang bersentuhan dengannya. Permukaan yang kasar kebiasannya akan haus dengan lebih cepat dan ia mempunyai pekali geseran yang lebih tinggi berbanding permukaan yang licin. Umumnya, kekasaran permukaan sesuatu objek dinilai oleh “vertical deviations”. Jika nilai sisihan tinggi, maka permukaan objek di nilai sebagai kasar dan jika nilai sisihan kecil maka permukaan sesuatu objek adalah licin [1-2]. Index kekasaran Antarabangsa (IRI) adalah merupakan petunjuk konvensional kepada kelicinan permukaan turapan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan beberapa model profil permukaan jalanraya berdasarkan data profil permukaan jalan sedia ada. Kajian telah dijalankan di Negeri Perak Darul Ridzuan untuk mendapatkan profil permukaan jalanraya sepanjang 6 kilometer. Pencerap jalan IKRAM (IRS) digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data profil permukaan jalanraya yang mempunyai nilai IRI sasaran kurang dan lebih dari 4. Perisian ProVal dan MATLAB digunakan untuk menganalisis data dan kaedah matematik digunakan untuk menjana model profil permukaan jalanraya.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > TE200-205 Materials for roadmaking |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 28 Feb 2022 00:33 |
Last Modified: | 28 Feb 2022 00:33 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6516 |
Actions (login required)
View Item |