Sifat fizikal dan keupayaan mekanikal konkrit campuran abu kulit kupang (perna viridis) sebagai bahan tambah

Ismail, Nurul Nabilah (2019) Sifat fizikal dan keupayaan mekanikal konkrit campuran abu kulit kupang (perna viridis) sebagai bahan tambah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURUL NABILAH ISMAIL.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL NABILAH ISMAIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (8MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL NABILAH ISMAIL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Matlamat SDGs selari dengan inisiatif RMK-11 iaitu pengaplikasian teknologi hijau di dalam pembinaan infrastruktur yang mampan, berkonsepkan lestari dan pemuliharaan alam sekitar. Kajian ini memfokuskan kulit kupang yakni limpahan sisa akuakultur yang tidak diurus dengan tepat untuk dijadikan bahan tambah di dalam campuran konkrit bagi meningkatkan nilai kulit kupang dan keupayaan konkrit campuran bagi memacu infrastruktur yang lestari. Kupang yang telah di proses menjadi abu di tambah di dalam konkrit sebanyak 1%, 2%, 3% dan 4% dan melalui proses pengawetan air biasa selama 7, 28 dan 60 hari dengan sasaran gred 30MPa. Penyelidikan ini memfokuskan beberapa ujian pencirian bahan iaitu sifat-sifat fizikal (graviti tentu, masa pengerasan dan serakan saiz partikel), dan kimia (X-Ray Powder Diffraction ), morfologi partikel (Scanning Electron Microscope), keupayaan konkrit (kebolehkerjaan, kekuatan mampatan, kekuatan tegangan dan serapan kapilari air dan analisis statistik (korelasi dan signifikan). Dapatan sifat-sifat fizikal abu kulit kupang mendapati kulit kupang lebih halus (saiz diameter purata 8.284μm) dan ringan (nilai graviti tentu 2.52) berbanding simen Portland biasa memberi kelebihan di dalam masa pengerasan, kebolehkerjaan dan serapan kapilari. Bagi nilai keupayaan konkrit mampatan , tegangan dan serapan kapilari air konkrit campuran 2% abu kulit kupang adalah lebih baik berbanding konkrit campuran yang lain. Selain itu, tempoh pengawetan 7, 28 dan didapati tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.025) bagi konkrit campuran 2%. Berdasarkan dapatan kajian abu kulit kupang mempunyai potensi sebagai bahan tambah yang menghasilkan konkrit berkekuatan awal dan berkeupayaan tinggi. Penyelidikan ini menambah pengetahuan bahan pembinaan , meningkatkan nilai kulit kupang serta memastikan infrastruktur berkonsepkan kehidupan lestari dan pemeliharaan alam sekitar di dalam matlamat SDGs dan dasar RMK-11 dicapai.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Structural and Materials Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Aug 2021 06:27
Last Modified: 17 Aug 2021 06:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/652

Actions (login required)

View Item View Item