Hirarki deskriptif pekerjaan mengikut perspektif pelajar tahun akhir diploma perniagaan

Wan Taha, Wan Noor Hanim (2001) Hirarki deskriptif pekerjaan mengikut perspektif pelajar tahun akhir diploma perniagaan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1035Kb

Abstract

Pemilihan kerjaya merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan individu. Ia mestilah bersesuaian dengan minat serta bidang pengajian yang diceburi oleh seseorang pelajar sama ada di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi. Beberapa fakor perlulah diambilkira sebelum memilih sesuatu pekerjaan . Di antaranya ialah faktor prospek masa depan, gaji, lokasi, jawatan dan persekitaran tempat kerja. Kajian ini cuba mencungkil deskripsi pekerjaan yang menjadi keutamaan pelajar dalam memilih sesuatu kerjaya. Pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Pemiagaan Antarabangsa di Politeknik Shah Alam merupakan populasi kajian ini. Kaji selidik merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian ini untuk melihat apakah faktor yang diutamakan oleh pelajar-pelajar tersebut apabila memilih pekerjaan kelak. Dengan itu diharapkan kajian ini dapat digunakan sebagai sumber maklumat mengenai hirarki deskripsi pekerjaan mengikut perspektif pelajar-pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Shah Alam.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:661
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:28 Mar 2011 12:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page