Indikator pengurusan pejabat cemerlang bagi jabatan perdagangan di Politeknik

Jamlus , Suhaida (2003) Indikator pengurusan pejabat cemerlang bagi jabatan perdagangan di Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1001Kb

Abstract

Kualiti Pengurusan Pejabat merupakan suatu perkara yang banyak diperdebatkan sejak dari dulu lagi. la merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan. Sejajar dengan pemfokusan kajian ini, laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "lndikator Pengurusan Pejabat Cemerlang bagi Jabatan Perdagangan di Politeknik". Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan dalam pengurusan pejabat cemerlang di Jabatan Perdagangan, politeknik. Soal selidik diedarkan kepada 71 orang responden iaitu kakitangan Jabatan Perdagangan Polileknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences vl 1.0 bagi mendapatkan min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri utama yang diperlukan dan perlu diberi perhatian dalam pengurusan pejabat cemerlang adalah dari aspek Prasarana dan Harta, Pengurusan Maklumat dan Fail dan Pengurusan Staf. Majoriti responden berpendapat ketiga-tiga aspek ini penting dalam proses pelaksanaan Pengurusan Pejabat cemerlang bagi Jabatan Perdagangan di Politeknik. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, sebuah produk telah berjaya dibina iaitu 'Senarai Semak :Indikator Pengurusan Pejabat Cemerlang Bagi Jabatan Perdagangan Di Politeknik' yang akan digunakan oleh pihak pengurusan dan kakitangan Jabatan Perdagangan dan lain pihak yang terlibat bagi tujuan penilaian dan pemantauan ke atas sistem pengurusan pejabat yang dilaksanakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:664
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:28 Mar 2011 10:50
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page