Kajian terhadap nilai ETOS melalui komunikasi pedagogi pensyarah di UTHM

Muhamad, Mohamad Zamri (2008) Kajian terhadap nilai ETOS melalui komunikasi pedagogi pensyarah di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1315Kb

Abstract

Kredibiliti atau juga dikenali sebagai nilai etos merupakan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam meyakinkan pendengarya. Justeru, nilai etos merupakan salah satu aspek yang penting kepada seseorang guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi Iebih berkesan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji nilai etos melalui komunikasi pedagogi pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui hubungan nilai etos terhadap pembelajaran pelajar. Seramai 285 orang pelajar yang mengikuti kursus Diploma Pendidikan. Pensisvvazahan Guru Besar dan Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM dipilih menjadi responden kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi memperolehi data daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package of Social Science) versi 13 bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai dan hubungan antara pembolehubah dengan mengunakan ujian Pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan pensyarah mempunyai nilai etos dari dimensi kepakaran, pendirian diri dan tujuan. Selain itu terdapat hubungan positif yang wujud antara nilai etos dengan proses pembelajaran pelajar. Oleh itu, adalah keperluan kepada guru untuk menguasai nilai etos yang baik supava para pelajar dapat menggarap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:665
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:30 Mar 2011 11:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page