Minat dan motivasi penguasaan konsep sains proses hidup tumbuhan dalam kalangan murid sekolah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor

Abdul Rahim, Saliza (2019) Minat dan motivasi penguasaan konsep sains proses hidup tumbuhan dalam kalangan murid sekolah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p SALIZA ABDUL RAHIM.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SALIZA ABDUL RAHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SALIZA ABDUL RAHIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran Sains adalah sesuatu yang menyeronokkan dan perlu seiring dengan era teknologi terkini. Untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep sains perlu ada pemangkin bagi meningkatkan minat serta memotivasikan murid. Sebanyak enam persoalan dari empat objektif kajian yang telah dibina bagi mengenalpasti permasalahan kajian yang timbul. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif (mix method). Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kajian deskriptif mengenai pandangan guru dan persepsi murid tentang kesukaran murid memahami konsep sains, tahap keberkesanan kaedah pengajaran serta minat dan motivasi murid dalam pembelajaran sains. Selain itu analisis tematik digunakan untuk menentukan faktor peningkatan minat dan motivasi murid berdasarkan pakar dan analisis dokumen, juga analisis inferensi tentang keberkesanan kaedah pengajaran sains dengan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran sains. Skop kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar sains seramai 30 orang, serta murid Tahun 5 seramai 300 orang bagi sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian min skor bagi pandangan guru dan persepsi murid berkaitan kesukaran memahami konsep sains, tahap keberkesanan kaedah pengajaran sains serta minat dan motivasi murid dalam pembelajaran sains adalah tinggi. Tahap persetujuan analisis tematik adalah 0.874 yang mana pakar dan teori bersetuju dengan faktor untuk meningkatkan minat dan motivasi murid adalah sangat baik. Manakala nilai pekali korelasi adalah 0.545 iaitu korelasi positif yang sederhana signifikan antara keberkesanan kaedah pengajaran sains dengan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran sains. Hasil dapatan membuktikan bahawa peningkatan minat dan motivasi murid adalah penting untuk membantu ke arah penguasaan konsep sains “Proses Hidup Tumbuhan”.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Technology and Natural Resources
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 19 Aug 2021 05:50
Last Modified: 19 Aug 2021 05:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/666

Actions (login required)

View Item View Item