Mohamad Salleh, Mohamad Fahmi Izwan and Razali, Nizamuddin and Abdul Rahman, Khairul Anuar and Rahim, Mohd Bekri and Nur Yunus, n Faizal Amin (2021) Kesediaan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dalam menceburi profesion perguruan. In: Prosiding seminar kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 13-14 September 2021, UKM.
Text
P13708_d91991ed36b6f1f10b5a484307498fbf.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Pada masa kini, pengetahuan dan kesediaan bagi menceburi bidang pendidikan dalam kalangan pelajar dalam pendidikan adalah elemen penting untuk menjadi bakal guru yang berdedikasi serta berwibawa. Oleh sebab itu, kajian deskriptif ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap kesediaan bakal guru Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) di Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah tahap pengetahuan terhadap profession perguruan dan tahap persediaan bakal guru dalam menceburi profession perguruan. Ujian korelasi turut dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan pelajar terhadap profesion perguruan dengan tahap kesediaan mereka. Seramai 42 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dipilih untuk tujuan ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Vokasional daripada bidang lain untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai keseluruhan yang didapati adalah 0.96. Hasil dapatan mendapati pengetahuan pelajar terhadap profesion perguruan berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.63, SP=0.40) serta tahap kesediaan untuk menceburi profesion perguruan juga berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.56, SP=0.45). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat kuat r=.78; p<.05 dan signifikan antara pengetahuan pelajar dan kesediaan pelajar menceburi profesion perguruan. Kesimpulannya, pelajar tahun akhir FPTV bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara telah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kesediaan berkaitan bagi menceburi profesion perguruan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Profesion perguruan; kesediaan; kemahiran teknikal; pengetahuan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Teaching Practice & Industrial Training |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 14 Mar 2022 01:54 |
Last Modified: | 14 Mar 2022 01:54 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6677 |
Actions (login required)
View Item |