Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik

Chen, Uk Raai and Masek, Alias and Amiruddin, Mohd Hasril (2014) Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik. In: Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam PLTV (CiE-TVET) 2014, 25-26 Ogos 2014, Mersing, Johor, Malaysia.

[img]PDF
364Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan berdasarkan Model Felder dan Silvermann dan mengkaji aspek motivasi yang mendorong pembelajaran dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan di politeknik. Kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik terhadap 291 orang pelajar diploma Kejuruteraan Elektrik. Data di kumpul dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan ujian ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan dimensi visual dan verbal merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan dengan kecenderungan kepada sub skala visual. Manakala motivasi ekstrinsik pelajar adalah didorong oleh faktor keluarga. Tambahan lagi, gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Implikasinya, pensyarah di politeknik secara umumnya perlu mempunyai kesedaran tentang penggunaan lebih banyak visual sebagai peneguhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping keluarga perlu memainkan lebih banyak peranan dalam memotivasikan pelajar

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran; motivasi; kejuruteraan elektrik; politeknik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:6734
Deposited By:Mrs. Nurhayati Ali
Deposited On:29 Mar 2015 16:10
Last Modified:29 Mar 2015 16:10

Repository Staff Only: item control page