Mohamad, Ahmad Syukrie and Afif, Zehan Afizah and Abdul Hamid, Norhamreeza (2021) Sistem pengambilan tanah (perbicaraan) land acquisition system (trial). Penerbit UTHM, UTHM.
Text
P13716_905b8954b6f61536b24eb4136a5cda2f.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Sistem Pengambilan Tanah (Perbicaraan) adalah sebuah sistempengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memfokuskan pada proses perbicaraan di Terengganu. Sistem ini dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual kepada kaedah bersistem menggunakan aplikasi berasaskan web. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik kelemahan kaedah manual yang digunakan. Kaedah manual yang digunakan dilihat kurang cekap kerana borang G dan H memakan masa yang lama untuk disiapkan dan maklumat pada borang pengambilan tanah tidak seragam antara daerah dengan daerah yang lain. Sistem ini menyediakan borang-borang yang perlu diisi oleh pengguna sebelum perbicaraan berlangsung. Pada hari perbicaraan, pengguna hanya perlu mengemaskini maklumat berdasarkan apa yang diperoleh dari hasil perbicaraan yang berlangsung seterusnya dapat mencetak borang G dan H untuk diedarkan kepada individuyang berkepentingan. Melalui sistem ini, proses edaran borang G dan H dapat dipercepatkan dan setiap maklumat pada borang-borang tersebut dapat diseragamkan. Model prototaip digunakan untuk membangunkan sistem ini. Manakala pembangunan sistem menggunakan perisian Apache sebagai pelayan web dan MySQL sebagai pangkalan data. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Mark-up Language (HTML). Umumnya, sistem ini dibangunkan bagi membantu kakitangan bahagian pengambilan tanah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG)Terengganu dan Pejabat Daerah Terengganu dengan meningkatkan produktiviti kerana dapat mempercepatkan sesuatu proses
Item Type: | Other |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Akta Pengambilan Tanah 1960; borang G; borang H; perbicaraan pengambilan tanah |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 15 Mar 2022 02:47 |
Last Modified: | 15 Mar 2022 02:47 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6742 |
Actions (login required)
View Item |